ELECTRICAL WIRE COLOR CODES

 


Pengenalan


Assalamualaikum,,


Selamat datang ke blogger KEMAHIRAN SAYA di sini saya ingin kongsikan ilmu yang berkaitan kemahiran. Harap dapat memberi manfaat kepada anda. Sekiranya ada sebarang kesilapan atau apa-apa soalan yang ingin ditanya sila tulis di ruang komen. Harap ilmu yang saya kongsikan ini dapat membantu anda semua.

Terima kasih. 

Arus terus

Arus terus (DC, juga AT) merujuk kepada arus elektrik yang mengalir sehala. Arus terus dihasilkan daripada pelbagai sumber seperti bateri, termogandingan, sel suria serta dinamo jenis komutator. Di dalam arus terus, cas elektrik mengalir pada arah yang tetap, berbeza dengan arus ulang-alik (AC).



Arus terus juga boleh diperolehi daripada bekalan arus ulang-alik dengan menggunakan diod atau rektifier yang membenarkan arus mengalir sehala sahaja. Arus terus juga boleh ditukar kembali ke arus ulang-alik dengan menggunakat inverter ataupun set motor-penjana.  

Sistem penghantaran elektrik pertama (dibangunkan oleh Thomas Edison pada lewat abad ke-19) menggunakan arus terus. Oleh kerana kelebihan arus ulang-alik lebih baik berbanding arus terus dalam penukaran voltan serta penghantaran, hampir kesemua sistem penghantaran elektrik menggunakan arus ulang-alik. 

Bagi aplikasi yang memerlukan arus terus, seperti sistem kereta api elektrik yang menggunakan rel ketiga, arus ulang-alik dihantar ke pencawang, yang seterusnya ditukarkan ke arus terus dengan menggunakan rektifier. 

Arus terus digunakan untuk mengecas bateri, serta pada hampir kesemua sistem elektronik seperti pada sistem bekalan kuasa. Kuasa elektrik arus terus pada kuantiti yang besar digunakan dalam penghasilan aluminium daripada bijihnya serta proses elektrokimia yang lain. Sistem penghantaran arus terus voltan tinggi (HVDC) digunakan dalam penghantaran pukal bekalan elektrik merentasi jarak yang sangat jauh ataupun untuk menghubungkan antara dua grid arus ulang-alik yang berjiran.

Apa itu elektrik?

Elektrik ialah pergerakan elektron dalam pengalir. Elektrik boleh didapati dalam dua bentuk arus iaitu arus terus dan arus ulang alik. fenomena fizikal yang biasa dijumpai seperti kilat, medan elektrik dan arus elektrik.

Spesifikasi bekalan elektrik



Menurut Piawaian MS IEC 60364, sistem bekalan elektrik bagi pengguna domestik di Malaysia menggunakan bekalan elektrik satu fasa AC 230 V (RMS, julat +10%, -6%) 50 Hz; ataupun tiga fasa AC 400 V (RMS, julat +10%, -6%).


Terima kasih kerana sudi membaca.😊

Tinggalkan sebarang komen jika ada kesalahan atas penerangan yang diberikan. Saya akan memperbaiki dari semasa ke semasa.

Harap sedikit info ini dapat membantu anda semua. 😊✌️

Pendawaian elektrik



Pendawaian elektrik merupakan satu sistem rangkaian pengalir elektrik bagi mengangkut arus elektrik ke peralatan elektrik yang terlibat. Rencana ini adalah berkaitan dengan sistem pendawaian bagi bangunan di Malaysia.

     Di Malaysia, sistem pendawaian elektrik adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia sebagaimana yang termaktub di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Piawaian MS IEC 60364:2003 ‘Electrical Intallations of Building’, MS 1936:2006 ‘Electrical Intallations of Building - Guide To MS IEC 60364’ dan MS 1979:2007 ‘Electrical Intallation of Building – Code of Practice’. Sistem pendawaian yang digunakan di Malaysia adalah hampir serupa dengan piawaian pendawaian elektrik yang digunakan oleh United Kingdom tetapi dengan piawaian bagi wayar pengalir yang sudah berubah.


Terima kasih kerana sudi membaca.😊

Tinggalkan sebarang komen jika ada kesalahan atas penerangan yang diberikan. Saya akan memperbaiki dari semasa ke semasa.

Harap sedikit info ini dapat membantu anda semua. 😊✌️